Saya dikehendaki menghadirkan diri ke kursus pengelolaan dan kemahiran olahraga. Teknik-teknik dan cara yang betul untuk mnggunakan atau menggayakan sesuatu alatan ditunjukkan oleh jurulatih yang berpengalaman.
REFLEKSI OLAHRAGA
Pada 20 dan 21 November, 1SPPL
telah menghadiri kursus olahraga yang dijalankan di Stadium Universiti
Teknologi Malaysia. Kursus tersebut bermula pada jam 8.00 pagi dengan
pengenalan serba sedikit tentang sejarah sukan yang pernah disertai oleh
Malaysia. Sebelum kami memulakan apa jua
acara, kami perlu memulakan proses memanaskan badan (warm up).
Pada 20 November, kursus olahraga
dimulakan dengan acara lontar peluru. Lontar peluru merupakan acara padang yang
melibatkan pengerakan melontar bola logam besi berat sejauh yang mungkin. Berat
peluru adalah berbeza-beza mengikut kategori umur dan jantina untuk memudahkan
lontaran dibuat berdasarkan keupayaan peserta. Saya diberi pengenalan tentang
peraturan dalam acara lontar peluru dan kesalahan yang boleh menyebabkan
pembatalan. Pengetahuan asas bagi acara tersebut perlu diketahui agar mampu
member tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar di sekolah.
Kursus
diteruskan dengan acara lempar cakera. Saya diberi pengenalan mengenai cara
memegang cakera dengan betul dan melemparkannya mengikut arah jam. Terdapat 2
cara dalam pelemparan cakera termasuklah lempar cakera dengan gaya berdiri dan
berpusing. Saya diperkenalkan dengan garis pusat bulatan lempar cakera yang
berukuran 2.5 meter dan cakera perlu dilemparkan ke kawasan sektor yang
bersudut 40 darjah. Peraturan dalam lempar cakera hampir sama dengan acara
lontar peluru.
Kursus
acara diteruskan lagi dengan acara lari berpagar. Acara lari berpagar merupakan
acara balapan yang menarik kerana acara ini merupakan gabungan antara larian
pecut dan penggunaan pagar sebagai halangan. Saya diajar cara dan teknik yang
digunakan untuk melepasi halangan tersebut. Sebelum itu, saya diminta melakukan
regangan terutamanya pada bahagian kaki untuk mendapatkan fleksibiliti kaki
sebelum memulakan latihan.
Jurulatih
menunjukkan cara untuk melepasi halangan tersebut dengan pengerakan yang
perlahan. Saya perlu mengenali dan biasakan diri dengan ketinggian halangan
larian berpagar tersebut. Acara ini memerlukan blok permulaan (starting block)
untuk memulakan larian. Terdapat lima fasa dalam acara ini termasuklah fasa
permulaan, lonjakan, layangan, mendarat dan penamat.
Fasa
pertama melibatkan larian secara konsisten dari permulaan sehingga kami semakin
hampir ke pagar. Dalam fasa kedua, fasa lonjakan, peserta perlu melonjak
melepasi pagar. Lonjakan peserta amat bergantung kepada ketinggian atlet,
kelajuan larian dan jarak jangkauan kaki hadapan. Semasa melonjak, peserta
perlu memandang ke hadapan dan melonjak menggunakan hujung tapak kaki. Dalam
fasa ketiga, fasa layangan, peserta perlu mengangkat kaki melepasi pagar di
samping menghayunkan kaki seiring dengan gerak kaki untuk mendapatkan daya
tambahan lonjakan. Badan perlu dicondongkan ke hadapan dan lutut kaki belakang
perlu dibengkokkan ke sisi ketika fasa layangan. Fasa mendarat pula melibatkan
kaki hadapan menjejak tanah dengan pantas sebaik sahaja kaki belakang melepasi
pagar dan fasa ini melibatkan pendaratan hujung kaki hadapan (lead leg). Dalam
fasa terakhir iaitu fasa penamat, peserta perlu melakukan larian pecut sebaik
sahaja melepasi pagar ke garisan penamat.
Kursus
acara terakhir pada hari tersebut ialah lompat jauh. Dengan adanya keterangan
jelas mengenai peraturan acara dan melakukan praktikal di stadium, saya dapat
mengingati langkah-langkah dan teknik lompat jauh dengan mudah. Kemahiran boleh
diasah jika kita praktik dan melakukan lompatan dengan teknik yang betul.
Pada
21 November pula, kursus acara dimulakan dengan acara larian pecut dan
berganti-ganti. Saya diperkenalkan cara untuk menggunakan blok permulaan
(starting blok) dan cara yang betul untuk menerima baton dari ahli pasukan. Dalam
apa jua acara, kita perlu mengetahui kesalahan yang harus dielakkan agar
kelayakan peserta tidak akan dibatalkan. Akhir sekali, acara berjalan
diperkenalkan. Saya amat terkejut apabila mengetahui acara berjalan
dipertandingkan di peringkat kebangsaan. Acara ini juga mempunyai teknik yang
tersendiri. Saya diberi kesempatan untuk mengikut serta dalam acara ini dan
acara ini amat memerlukan kekuatan di bahagian kaki. Acara ini berbeza dengan acara
larian kerana acara ini menggunakan tumit kaki manakala acara larian
menggunakan bebola kaki.
Menerusi kursus ini, saya dapat
mengenali acara tersebut dan melakukannya dengan cara atau teknik yang betul. Di samping itu, saya juga
berkesempatan untuk mencuba acara yang diperkenalkan dan diberi pengenalan
tentang sejarah acara tersebut. Dengan mengetahui lebih terperinci tentang
acara balapan tersebut, ilmu asas dapat dikuasai dan dapat diaplikasikan pada
masa hadapan apabila mengajar pelajar-pelajar di sekolah nanti.
No comments:
Post a Comment