Sunday, 22 January 2017

Pengurusan Sukan- Menjaring Bola Baling

Pengurusan Sukan- Menjaring Bola Baling

Menjaring
           
Menjaring merupakan kemahiran dalam mendapatkan mata kemenangan kepada setiap sukan. Prinsip-prinsip yang perluditerapkan dalam pemain ketika mengasah kemahiran dalam menjaringkan gol termasuklah mempunyai keyakinan diri dan dapat mengawal keseimbangan dan pengerakan badan dalam tempoh permainan. Selain itu, pemain perlu memberikan tumpuan yang sepenuhnya pada gerakkan yang ingin dilakukan di samping melakukan gerakan mengikut lajak. Untuk kemahiran menjaringkan gol, pemain perlu peka untuk menepati sasaran iaitu gelanggang gol. Penjaring gol juga perlu cekap menilai ruang yang kosong dan kedudukan penjaga gol semasa ingin membuat jaringan. Terdapat pelbagai teknik yang boleh dilakukan berdasarkan situasi tertentu dalam kemahiran jaringan.

Jaringan dari Atas Kepala

            Jaringan dari atas kepala merupakan jaringan yang biasa dan mudah dilakukan. Teknik jaringan ini boleh dilakukan sama ada dalam keadaan statik mahupun dalam keadaan bergerak.

            Untuk melakukan jaringan ini, pemain perlu bergerak satu langkah ke hadapan dan membengkokkan kaki kanan. Berat badan hendaklah diletakkan pada kaki kiri, tangan yang memegang bola dibongkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala aras bahu. Seterusnya,  lonjakan dilakukan dan tangan yang memegang bola diluruskan ke atas kepala dan membaling ke arah sasaran. Selepas selesai membuat jaringan, tangan dan badan perlu mengikut lanjak untuk kembali dalam keadaan bersedia menerima bola.

Jaringan dari Bawah Lengan/ Jaringan Lantun
            
Jaringan dari bawah lengan atau jaringan lantun kurang berkesan untuk menjaringkan bola. Tetapi teknik jaringan ini boleh dilakukan bila kita menghadapi pemain yang berbadan tinggi. Dalam teknik ini, bola selalunya akan dijaringkan ke sudut bawah gol pihak lawan.

            Dalam menjaringkan gol dari bawah lengan, kaki kiri pemain perlu melangkah ke hadapan sementara  kaki kanan dibengkokkan dan membawa bola ke belakang bawah aras bahu. Kemudian, kaki kanan melangkah ke hadapan, bola melontar ke arah sasaran. Akhir sekali, kaki kiri dianjak ke belakang dan bola pada tangan kanan dilepaskan.

Jaringan Sisi

Jaringan sisi dihasilkan apabila pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain. Secara tiba-tiba dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakan badannya ke kiri, dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya. Pemain membawa bola lebih rendah dan menjaring secara mengejut di bawah lengan pihak lawan.

Jaringan lompat

            Untuk melakukan jaringan lompat, pemain perlu bergerak sebanyak tiga langkah (kurang daripada tiga langkah) sebelum membuat jaringan. Namun dalam pertandingan, jaringan ini sering dilakukan dan banyak gol diperolehi melalui jaringan lompat ini. Jaringan ini dilakukan selepas serangan pantas dan biasanya, jaringan dilakukan apabila posisi bola berada di puncak lompatan.

Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat jaringan.

Jaringan Voli

            Jaringan voli hampir serupa dengan jaringan lompat. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat. Selepas mendarat, tangan dan badan pemain perlu mengikut lajak.

Jaringan menjunam

            Jaringan menjunam merupakan jaringan yang sukar and biasa dilakukan sekiranyan dalam kawasan balingan percuma. Pemain perlu membengkokkan badan supaya membesarkan sudut jaringan.   Jaringan boleh dibuat sekiranyan pemain berada di luar garisan gol. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju kawasan gol. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran dan jaringan dibuat ketika berada di udara sebelum mendarat. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan badan.

Jaringan Penalti

Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh memijak atau melepasi garisan balingan dan jaringan perlu dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.

 Penjaring perlu berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Penjaring perlu fokus kepada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan oleh penjaga gol. Kemudian penjaring gol akan melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan. Penjaring boleh menggunakan pelbagai teknik jaringan untuk menjaringkan gol mengikut situasi.

 Refleksi

            Kumpulan kami dikehendaki melakukan sesi pembelajaran untuk permainan bola baling. Kebanyakan daripada kita tidak mempunyai pengalaman dalam permainan ini atau mengetahui peraturan permainan bola baling. Sebelum sesi pembelajaran dimulakan, kami telah membuat persediaan, melengkapkan diri kami dengan pengetahuan serba sedikit mengenai peraturan dan kemahiran asas (hantaran, jaringan, menghadang) bola baling.

            Secara umumnya sepasukan bola baling yang turun ke gelanggang mempunyai 7 orang termasuk penjaga gol. Bola baling agak sama dengan permainan sukan yang lain dalam konteks ‘body contact’. Pemain tidak boleh menarik baju, memukul atau merampas bola daripada pihak lawan sekiranya bola masih dalam tangan pihak lawan atau memeluk pihak lawan walaupun ingin menghalang pihak lawan daripada mendapatkan bola.

            Dalam sesi pengajaran kami, selepas melakukan aktiviti memanaskan badan, kami memulakan pengajaran dengan memperkenalkan kemahiran-kemahiran yang ada dalam bolah jarring. Kemahiran-kemahiran yang terlibat termasuklah kemahiran membuat hantaran, kemahiran menangkap bola, kemahiran menjaring dan kemahiran menghadang. Selepas itu, sesi pengajaran diteruskan lagi dengan perlawanan antara dua pasukan.

            Melalui perlawanan kecil antara 2 pasukan tersebut, murid dapat melakukan kemahiran tersebut secara spontan dan seterusnya lebih memahami sukan tersebut. Perlawanan seperti ini membolehkan murid berlari seluruh padang dengan memberi fokus kepada posisi bola. Murid juga bebas melakukan teknik jaringan berdasarkan situasi dan keselesaan mereka. Melalui perlawanan ini, secara tidak sedar, murid dapat mengaplikasikan segala kemahiran yang telah dipelajari.


            Dari segi kognitif, saya dapat menerima teori asas kemahiran dan teknik bermain bola baling sebelum memulakan permainan kerana saya tidak melibatkan diri secara langsung dalam bola baling sebelum ini. Dari segi afektif, saya dapat merasai permainan ini sendiri dan merasai semangat kesukanan apabila kedua-dua kumpulan bekerjasama untuk meneruskan permainan tersebut sehingga wisel ditiupkan, menandakan permainan tamat dan dari segi psikomotor pula, saya dapat mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari ketika melibatkan diri dalam permainan ini di padang.

No comments:

Post a Comment

Adverbs of Time Exercise

 Adverbs of Time Circle the correct answers. 1.      Giraffes sometimes / usually / never eat meat. They are vegetarians. 2.     My little s...