Perkhemahan Muafakat Johor Darul Ta’azim (19 &
20 Mei 2017)
Perkhemahan Muafakat Johor Darul Ta’azim telah
dijalankan di Kampong Sungai Melayu. Sebelum bertolak, SPPQ dan SPPL
membahagikan kumpulan yang akan menaiki bas dan kereta. Sebanyak 4 buah kereta
dibawa oleh pelajar untuk memudahkan pembawaan alatan atau bahan makanan. Bas
tiba pada pukul 6:30 pagi di tempat parking
KTR. Selepas tiba disana, bas terpaksa berhenti di luar kampung dan pelajar
berjalan selama 5-8 minit untuk tiba di balairaya kampong tersebut. Beberapa
orang pelajar termasuk saya, menunggang basikal ke sekolah dan di sana, basikal
merupakan kenderaan kami yang telah mempercepatkan perjalanan kami.
Setelah tiba di
sekolah iaitu kawasan perkhemahan, pelajar SPPQ dan SPPL diberi taklimat
tentang pantang larang dan peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang aktiviti
perkhemahan dijalankan oleh penduduk di kampung tersebut. Setelah itu, kami
terus membahagikan kumpulan (3 orang 1 kumpulan) dan mendirikan khemah serta
bergerak ke balairaya keran peserta dari pelbagai kolej akan berdaftar disana. Selepas peserta berdaftar dan dibahagikan kepada
kumpulan mengikut aktiviti masing-masing seperti kumpulan gotong-royong dan
kumpulan mural, mereka diminta untuk berkumpul dalam kumpulan masing-masing
untuk menjalankan sesi memperkenalkan diri dalam kumpulan masing-masing.


Beberapa jenis permainan seperti ‘monster, prince and warrior’ dan pisang goreng dijalankan. Kemudian, peserta diminta untuk berjalan ke sekolah, mendirikan khemah masing-masing, sembahyang serta menikmati makanan tengah hari yang disediakan sebelum memulakan aktiviti gotong-royong pada pukul 3pm. Peserta diminta untuk berada di balairaya pada pukul 2:30 petang. Kumpulan saya, iaitu K3, ditugaskan untuk membersihkan sekitar kawasan balairaya. Kerja-kerja pembersihan dijalankan sehingga pukul 6:00 petang.
Selepas
kerja bergotong-royong di sekitar kawasan balairaya, peserta dan pelajar UTM
memberi nama kepada pihak berkenaan untuk mengutip sampah di sungai Melayu
dengan menaiki kayak. Setelah itu, peserta kembali ke sekolah untuk
membersihkan diri, rehat dan menikmati cekodok pisang.
Pada
waktu malam pula, aktiviti yang dijalankan termasuklah aktiviti penerangan ilmu
falak dan cerapan bintang. Semua peserta
diberi peluang untuk melihat bintang melalui alatan yang disediakan. Manakala,
pelajar SPPQ dan SPPL menyediakan makan malam. Saya membantu ahli jawatan dalam
membuat penyiapan makan malam dan antara tugas yang perlu dilakukan termasuklah
mengupas kulit telur rebus, membancuh air dan mengangkut air dan makanan
seperti kupang, minyak untuk barbecue
dan nasi goreng ke balairaya. Selepas menyelesaikan kerja, saya sempat
menikmati keindahan laut dari pemandangan Kampung Sungai Melayu pada waktu
malam.
Kira-kira pukul 11:30 malam, peserta
dibenarkan untuk pulang ke tapak perkhemahan dan diberi taklimat sehingga 12:30
malam. Manakala, pelajar SPPQ dan SPPL pula mempunyai post mortem bersama dengan guru penasihat iaitu Dr. Hafizah dan Dr.
Dian. Pelajar SPPQ dan SPPL dibahagikan tugas untuk masa sentry pada waktu malam, saya dan ahli khemah saya, Izzati dan
Khaleeda, bertugas dari pukul 4:30 pagi hingga 5:00 pagi. Pada pukul 5:30 pagi,
siren dibunyikan untuk sembahyang subuh. Selepas membersihkan diri, peserta
menunggu sarapan pada pukul 7:00 pagi di sekolah tetapi sarapan tiba di
balairaya kira-kira 8:00 pagi. Selepas itu, ceramah Transformasi Nasional 2050,
TN50 dijalankan sehingga ke tengah hari.
Sukan air dijalankan selepas makan
tengah hari, dijalankan selama 4-5 jam.
Namun atur cara majlis tidak begitu teratur dan menyebabkan penangguhan masa
aktiviti yang sepatutnya dilaksanakan. Selepas menyertai kayak bergu perempuan,
saya dan teman kayak saya pulang ke sekolah, membersihkan diri dan terus
mengemaskan khemah-khemah pelajar SPPQ dan SPPL.
Sepanjang
program ini, saya belajar untuk menguruskan peserta, membimbing mereka dan
memberi arahan kepada mereka bagi memperingatkan kerja-kerja yang perlu
dilakukan disana. Oleh kerana saya masih tidak begitu biasa untuk memberi
arahan kepada peserta lain untuk melakukan sesuatu kerja seperti menyapu
longkang sekolah dan mengutip sampah, saya dan rakan saya menguruskannya
sendiri. Saya perlu belajar bagaimana untuk memberi arahan dan membahagikan
tugas kepada pelajar saya pada masa depan nanti. Walaupun pelbagai aktiviti
lasak yang telah dilakukan, namun urusetia masih mempunyai masa rehat selama 4
jam pada waktu malam. Amat dikesali kerana selipar saya tertinggal di dalam
lumpur semasa saya menaiki kayak manakala kasut sukan rakan saya nyaris
tertinggal dalam lumpur juga. Kem ini agak menyeronokkan walaupun terdapat
pembaziran masa seperti masa yang terluang kerana tiada aktiviti, tetapi kem
ini membolehkan kami semua mendekati penduduk kampung, memahami kehidupan
mereka dan berkhidmat untuk membersihkan kawasan mereka.
No comments:
Post a Comment