Thursday, 9 September 2021

Latihan Cari Kesalahan Bahasa dan Ejaan Tingkatan 1

Cari Kesalahan Bahasa

Latihan 1 : Gariskan kesalahan satu kesalahan bahasa dalam setiap ayat di bawah dan tuliskan jawapan yang betul pada ruang jawapan.

1.    Mia menangis dengan sedih yang dia tidak dapat mengikuti ibunya ke rumah nenek.
kerana

2.    Perempuan kerana berbaju biru itu ibu Mira.
yang

3.    Kakak rajin mengulang kaji pelajaran supaya menghadapi peperiksaan yang akan tiba.
untuk

4.    ‘’Selamat pagi. Nama kita Mei Fong.’’ kata Mei Fong kepada murid baharu itu.
saya

 5.    Di mana kamu dan keluarga kamu tinggal?
Di manakah

6.    Harga rambutan ini berapakah?
berapa

7.    Saya akan pulang daripada kampung dan melawat nenek saya pada hujung minggu ini.

ke

 8.    Anak Puan Jina akan melanjutkan pelajaran pada universiti itu.

di

9.    ‘’Saya tidak mengambil dompet kamu,’’ kata Razi ke Amin.

kepada

10. Adik saya akan menghadirkan diri ke ceramah sekolah kepada pukul 8.00 pagi.

pada

11.Ibu membeli baju baru agar adik di pasar raya menjelang hari raya.
untuk


Latihan 2 :

i. Beberapa orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah mereka di dalam pertandingan reka cipta itu. _________________________________

ii. Pihak sekolah akan mengadakan pertandingan sukaneka tahunan semasa hujung minggu ini. ________________________________

iii. Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan manggis. _________________________________

iv. “Sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?” tanya Cikgu Azizi kepada murid-murid kelas tersebut.
___________________________________ 


Cari Kesalahan Ejaan

Latihan 1: Gariskan satu kesalahan ejaan dalam setiap ayat di bawah dan tuliskan jawapan yang betul pada ruang jawapan.

1.    Guru-guru mengalakkan murid-murid meminjam sekurang-kurangnya tiga buah buku dari perpustakaan setiap minggu.

_______________

2.    Saya membuat kek coklat ini berdasarkan resepi yang diberikan oleh nenek.

_______________

3.    Menjaga kebersihan alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata merupakan tanggung jawab kita bersama.
_______________

4.    Pihak sekolah memberikan baucer buku bernilai RM 30 kepada setiap murid.
_______________

 

5.    Semua calun peperiksaan perlu tiba awal di sekolah dan beratur di luar dewan.
_______________

6.    Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Cina, saya perlu menulis lapuran selepas aktiviti persatuan diadakan.
_______________

7.    Semua rakyat Malaysia perlu bersikap patriotisma dan menghormati negara mereka.
_______________

8.    Mia dan keluarganya seronok menyaksikan pertunjukan yang dipersembahkan oleh sekumpulan ahli muzik.
_______________

9.    Makanan seperti ikan dan makanan laut boleh membekalkan protin kepada badan kita.
_______________

10.  Kami bercuti di Tanah Tinggi Genting dengan menaiki bas pesiaran.
_______________

11.  Adik ingin membeli stokin baru.
______________


Latihan 2:

1.    Kami memilih pekej percutian ke Pulau Pinang dengan harga potongan sebanyak 30%.
__________________

2.    Cikgu Amil menyuruh murid-muridnya menyimpan peralatan sukan di setor sukan.
_________________

3.    Abang akan menunggu saya di stesyen bus untuk menyambut kepulangan saya dari universiti.
_________________

4.    Pak Mat membelikan telipon baru untuk saya kerana keputusan peperiksaan saya agak memuaskan.
_________________

5.    Adi dan kakaknya akan pergi ke pasaraya setiap hari Sabtu untuk membeli barang keperluan.
_________________

6.     Ji En mengulangkaji pelajarannya di ruang tamu sementara adiknya tidur di dalam bilik.
_________________

7.    Pondok di hadapan rumah itu di bina oleh suami Puan Siti.
________________

8.    Jia Lin membeli cendera mata untuk kawan-kawannya semasa dia bercuti di Terengganu.
_________________

9.    Hidup berjiran memupuk semangat tolong menolong dan saling menghormati.
_________________

10.  Adik akan berada disekolah hingga pukul dua.
_________________

11. Ibubapa perlu menyertai mesyuarat yang diadakan di sekolah pada hari Sabtu ini.

_________________


Latihan 3:

(i)Pihak majikannya telah mengenakan tindakan disiplin atas sikapnya yang malas dan bermulut celupar sewaktu menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya.

 ____________________________________________

(ii Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 56 telah diadakan secara sederhana disebabkan ekonomi negara yang belum pulih sepenuhnya. 

____________________________________________

(iii)Kedua-dua orang petinju professional yang sedang bertinju di gelanggang itu keletihan apabila memasuki pusingan yang ke-6.

 ____________________________________________ 





No comments:

Post a Comment

Adverbs of Time Exercise

 Adverbs of Time Circle the correct answers. 1.      Giraffes sometimes / usually / never eat meat. They are vegetarians. 2.     My little s...