Jenis-jenis ayat dalam Bahasa Melayu
1. Ayat Penyata
-menyatakan atau menerangkan
sesuatu
-ayat berakhir dengan noktah(.)
Contoh:
·
Semua pelajar sedang berkumpul di dewan untuk
majlis perasmian.
2.
Ayat Perintah
-menimbulkan sesuatu tindakan
Ayat suruhan–memberi
arahan/ meminta seseorang melakukan sesuatu
Contoh:
· Minumlah
teh ini dahulu.
· Siapkan kerja sekolah kamu.
Ayat larangan - melarang seseorang melakukan sesuatu
Contoh:
· Jangan
pijak rumput taman.
· Usah menangis.
Ayat silaan
Contoh:
Sila - meminta seseorang melakukan sesuatu dengan sopan
Jemput- mengajak atau mengundang seseorang
· Sila
isi borang ini.
· Jemput makan kuih pisang.
Ayat permintaan- minta
pertolongan atau permintaan
Contoh:
· Minta
semua murid berdiri.
·Tolong
tutpkan suis lampu dan suis kipas.
3.
Ayat Tanya
- menanyakan
sesuatu hal
- ayat berakhir dengan tanda soal (?)
Ayat tanya dengan kata tanya
Contoh:
· Baju
ini berapa?
· Siapakah yang akan hadir ke kelas petang nanti?
Ayat tanya tanpa kata tanya
Contoh:
· Adik
masih belum makan?
· Mia
adik kamu?
1. 4. Ayat Seruan - ayat
yang melahirkan perasaan marah, gembira, sedih, terkejut, benci dan sebagainya.
-berakhir dengan tanda seru (!)
Contoh:
· Amboi,
comelnya adik kamu!
· Wah,
tingginya bangunan itu!
· Oh, di
sini rupanya buku saya!
· Eh, kamu
di sini juga!
· Cis,
berani engkau pukul saya!
· Syabas,
kamu menjadi johan!
· Aduh,
sakitnya tanganku!
· Aduhai,
malangnya nasibku!
· Nah,
ambillah duit ini!
· Wahai
anak-anakku, jadilah insan yang berguna.
· Ah, aku tidak bersetuju!
No comments:
Post a Comment