Saturday, 18 September 2021

Jenis Jenis Ayat

 Jenis-jenis ayat dalam Bahasa Melayu 

1.   Ayat Penyata

-menyatakan atau menerangkan sesuatu

-ayat berakhir dengan noktah(.)

Contoh:

· Semua pelajar sedang berkumpul di dewan untuk majlis perasmian.


2.   Ayat Perintah

-menimbulkan sesuatu tindakan

Ayat suruhan–memberi arahan/ meminta seseorang melakukan sesuatu

Contoh:

·   Minumlah teh ini dahulu.

·   Siapkan kerja sekolah kamu.


Ayat larangan - melarang seseorang melakukan sesuatu

Contoh:

·      Jangan pijak rumput taman.

·      Usah menangis.


Ayat silaan 

Contoh:
Sila - meminta seseorang melakukan sesuatu dengan sopan

Jemput- mengajak atau mengundang seseorang

·   Sila isi borang ini.

·   Jemput makan kuih pisang.


Ayat permintaan- minta pertolongan atau permintaan

Contoh:

· Minta semua murid berdiri.
·Tolong tutpkan suis lampu dan suis kipas.


3.   Ayat Tanya

-   menanyakan sesuatu hal

-   ayat berakhir dengan tanda soal (?)

Ayat tanya dengan kata tanya

Contoh:

·   Baju ini berapa?

·   Siapakah yang akan hadir ke kelas petang nanti?

Ayat tanya tanpa kata tanya
Contoh:

·   Adik masih belum makan?

·   Mia adik kamu?



1.   4. Ayat Seruan - ayat yang melahirkan perasaan marah, gembira, sedih, terkejut, benci dan sebagainya.

-berakhir dengan tanda seru (!)

Contoh:

·   Amboi, comelnya adik kamu!

·   Wah, tingginya bangunan itu!

·   Oh, di sini rupanya buku saya!

·   Eh, kamu di sini juga!

·   Cis, berani engkau pukul saya!

·   Syabas, kamu menjadi johan!

·   Aduh, sakitnya tanganku!

·   Aduhai, malangnya nasibku!

·   Nah, ambillah duit ini!

·   Wahai anak-anakku, jadilah insan yang berguna.

· Ah, aku tidak bersetuju!


Wednesday, 15 September 2021

Idioms and Proverbs Exercises

 

Match the following idioms with their meanings.

 

devil’s advocate

 

join a popular trend or activity

jump on the bandwagon

 

to present a counter argument

hit the nail on the head

 

to go to bed

far cry from

 

believe someone without proof

give the benefit of doubt

 

to do or say exactly the right thing

hit the sack/ hay

 

a thing that is very different from something else

 

 

1.    Shella’s mother was angry because what Shella did was a ___________________ what Shella said she was going to do.

2.    All Andie’s friends are playing violin so Andie thinks he might as well __________________________ and try it out.

3.    She did jungle trekking for three hours today so she just _______
_____________ after she cleaned herself.

4.    I know nothing about computer but my brother, a computer technician, he can __________________________ every time I ask him about my laptop.

5.    She is Adrian’s sister so Adrian gives her the _______________
___________ and trusts her.

6.    I will play the _________________ to get the discussion going and find out any flaws in our idea.

Thursday, 9 September 2021

Penulisan Bahasa Melayu Tahap Dua Sekolah Rendah

 Soalan Penulisan Bahasa Melayu Tahap Dua Sekolah Rendah

Bahagian C

30 minit (25 markah )

 

Pendahuluan : tajuk

Isi : Isi + huraian  + contoh

Penutup : harapan + konklusi

 

Soalan 1;

Kita digalakkan menjaga kebersihan sekolah. Tuliskan pengalaman kamu semasa menyertai aktiviti gotong-royong di sekolah kamu. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Pendahuluan

Bilakah aktiviti tersebut diadakan?

Siapakah yang menyertai aktiviti ini?

Isi 1 : berkumpul

Di manakah semua murid dan guru berkumpul?

-dibahagikan kepada beberapa kumpulan

Apakah tugas kamu?

Isi 2 : tugas/ aktiviti lain?

-Tugas-tugas lain yang kamu perlu lakukan?

Bagaimanakah persekitaran/ kawasan sekolah selepas aktiviti bergotong-royong?

Isi 3 : selepas aktiviti

-berehat (masa)

Pihak sekolah menyediakan minum petang- mengemaskan peralatan dan pulang

Penutup

Kesimpulannya : Saya berasa _________ dan berharap______________

 

Soalan 2;

Saya berjalan pulang dari sekolah. Saya ternampak anak kucing yang comot di tepi jalan . Saya mendukungnya  pulang  ke rumah. Setelah sampai di rumah,…
Lengkapkan karangan kamu itu selengkapnya.

Pendahuluan

- memberi makan

Isi 1 :

ibu – membersihkan anak kucing-

Apakah warna anak kucing tersebut?

Isi 2 :

-menyediakan tempat – berehat

-anak kucing kelihatan …

Apakah perasaan ibu dan kamu?

Isi 3 :

-Kini, anak kucing sudah pun berumur….

aktiviti bersama anak kucing?

Penutup

Akhir sekali, saya sangat menghargai ….. saya berharap…..

Kamu dan keluarga telah melancong ke suatu tempat menarik di negara kita. 

Soalan 3;

Tuliskan catatan tentang pengalaman kamu di tempat tersebut.

Pendahuluan

Ke manakah kamu dan keluarga pergi?

Pukul berapakah kamu bertolak dari rumah?

Isi 1 :

Kamu tiba di sana pukul berapa?

-mendaftar masuk ke hotel- Apakah yang boleh dilihat di sana?

Isi 2 :

Apakah aktiviti yang kamu lakukan di sana?

Apakah yang kamu beli di sana?

Isi 3 :

Pukul berapakah kamu makan malam?

Bagaimanakah pemandangan di sana? Apakah yang kamu rasa/ kamu lakukan?

Penutup

Kamu bertolak pulang ke rumah pukul bila?

Bagaimanakah perasaan kamu dan keluarga?

 

Jumaat, 10 April 2021



8.00 pagi

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



Soalan 4;

Kawan kamu ingin mengetahui resepi kek coklat yang kamu buat. Kamu berbual-bual dengan kawan kamu tentang cara membuat kek coklat. Tuliskan perbuatan tersebut selengkapnya.

Resepi Kek Coklat

Bahan-bahan

-mentega                  -tepung gandum              -esen vanila             - soda bikarbonat

- gula halus              - susu coklat                    - serbuk koko          - telur

Cara- cara penyediaan

1.      Adun tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat dalam satu bekas.

2.      Dalam bekas lain, pukul mentega dan gula hingga berkrim.

3.      Masukkan telur dan esen vanilla, pukul sehingga sebati.

4.      Masukkan adunan tepung tadi, selang-selikan dengan susu coklat dan pukul hingga sebati.

5.      Masukkan adunan ke dalam loyang kek .

6.      Bakar di dalam ketuhar pada sushu 160 darjah celsius dan bakar selama 50 minit.

7.      Keluarkan kek dan letakkan buah-buahan yang disukai di atasnya.

8.      Sedia untuk dihidang.

 

Subjek dan Predikat

 Nyatakan subjek dan predikat ayat-ayat di bawah.

 

1.  Amira dan abangnya akan menyertai pertandingan menyanyi peringkat sekolah.

Subjek:___________________________________________

Predikat:__________________________________________

 

2.  Kita dapat menyiapkan kerja dengan lebih cepat jika kita bekerjasama.

Subjek:___________________________________________

Predikat:_________________________________________

 

3.  Lelaki yang berpakaian kemas itu merupakan ayah Mia yang bekerja sebagai seorang anggota polis.

 

4.  Adi dan kawan-kawannya bersetuju untuk berjumpa dengan Cikgu Ali pada waktu rehat.

 

5.  Pakaian yang telah digosok akan disimpan dalam almari yang besar itu.

 

6.  Anthony bersedia untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun.

 

7.  Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan mengumumkan tarikh peperiksaan pertengahan tahun pada minggu hadapan.

 

8.  Sebahagian pisang yang ditanam oleh Pak Ami akan dibahagikan kepada anak-anaknya yang tinggal di bandar.

 

9.  Hospital Bandar Besar telah dirasmikan oleh ahli dewan rakyat.

 

10. Pembahagian kek coklat kepada anak-anak yatim akan diuruskan oleh pasukan sukarelawan.

 

Penonton bola sepak di stadium bersorak untuk memberi sokongan kepada para pemain.

Latihan Cari Kesalahan Bahasa dan Ejaan Tingkatan 1

Cari Kesalahan Bahasa

Latihan 1 : Gariskan kesalahan satu kesalahan bahasa dalam setiap ayat di bawah dan tuliskan jawapan yang betul pada ruang jawapan.

1.    Mia menangis dengan sedih yang dia tidak dapat mengikuti ibunya ke rumah nenek.
kerana

2.    Perempuan kerana berbaju biru itu ibu Mira.
yang

3.    Kakak rajin mengulang kaji pelajaran supaya menghadapi peperiksaan yang akan tiba.
untuk

4.    ‘’Selamat pagi. Nama kita Mei Fong.’’ kata Mei Fong kepada murid baharu itu.
saya

 5.    Di mana kamu dan keluarga kamu tinggal?
Di manakah

6.    Harga rambutan ini berapakah?
berapa

7.    Saya akan pulang daripada kampung dan melawat nenek saya pada hujung minggu ini.

ke

 8.    Anak Puan Jina akan melanjutkan pelajaran pada universiti itu.

di

9.    ‘’Saya tidak mengambil dompet kamu,’’ kata Razi ke Amin.

kepada

10. Adik saya akan menghadirkan diri ke ceramah sekolah kepada pukul 8.00 pagi.

pada

11.Ibu membeli baju baru agar adik di pasar raya menjelang hari raya.
untuk


Latihan 2 :

i. Beberapa orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah mereka di dalam pertandingan reka cipta itu. _________________________________

ii. Pihak sekolah akan mengadakan pertandingan sukaneka tahunan semasa hujung minggu ini. ________________________________

iii. Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan manggis. _________________________________

iv. “Sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?” tanya Cikgu Azizi kepada murid-murid kelas tersebut.
___________________________________ 


Cari Kesalahan Ejaan

Latihan 1: Gariskan satu kesalahan ejaan dalam setiap ayat di bawah dan tuliskan jawapan yang betul pada ruang jawapan.

1.    Guru-guru mengalakkan murid-murid meminjam sekurang-kurangnya tiga buah buku dari perpustakaan setiap minggu.

_______________

2.    Saya membuat kek coklat ini berdasarkan resepi yang diberikan oleh nenek.

_______________

3.    Menjaga kebersihan alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata merupakan tanggung jawab kita bersama.
_______________

4.    Pihak sekolah memberikan baucer buku bernilai RM 30 kepada setiap murid.
_______________

 

5.    Semua calun peperiksaan perlu tiba awal di sekolah dan beratur di luar dewan.
_______________

6.    Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Cina, saya perlu menulis lapuran selepas aktiviti persatuan diadakan.
_______________

7.    Semua rakyat Malaysia perlu bersikap patriotisma dan menghormati negara mereka.
_______________

8.    Mia dan keluarganya seronok menyaksikan pertunjukan yang dipersembahkan oleh sekumpulan ahli muzik.
_______________

9.    Makanan seperti ikan dan makanan laut boleh membekalkan protin kepada badan kita.
_______________

10.  Kami bercuti di Tanah Tinggi Genting dengan menaiki bas pesiaran.
_______________

11.  Adik ingin membeli stokin baru.
______________


Latihan 2:

1.    Kami memilih pekej percutian ke Pulau Pinang dengan harga potongan sebanyak 30%.
__________________

2.    Cikgu Amil menyuruh murid-muridnya menyimpan peralatan sukan di setor sukan.
_________________

3.    Abang akan menunggu saya di stesyen bus untuk menyambut kepulangan saya dari universiti.
_________________

4.    Pak Mat membelikan telipon baru untuk saya kerana keputusan peperiksaan saya agak memuaskan.
_________________

5.    Adi dan kakaknya akan pergi ke pasaraya setiap hari Sabtu untuk membeli barang keperluan.
_________________

6.     Ji En mengulangkaji pelajarannya di ruang tamu sementara adiknya tidur di dalam bilik.
_________________

7.    Pondok di hadapan rumah itu di bina oleh suami Puan Siti.
________________

8.    Jia Lin membeli cendera mata untuk kawan-kawannya semasa dia bercuti di Terengganu.
_________________

9.    Hidup berjiran memupuk semangat tolong menolong dan saling menghormati.
_________________

10.  Adik akan berada disekolah hingga pukul dua.
_________________

11. Ibubapa perlu menyertai mesyuarat yang diadakan di sekolah pada hari Sabtu ini.

_________________


Latihan 3:

(i)Pihak majikannya telah mengenakan tindakan disiplin atas sikapnya yang malas dan bermulut celupar sewaktu menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya.

 ____________________________________________

(ii Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 56 telah diadakan secara sederhana disebabkan ekonomi negara yang belum pulih sepenuhnya. 

____________________________________________

(iii)Kedua-dua orang petinju professional yang sedang bertinju di gelanggang itu keletihan apabila memasuki pusingan yang ke-6.

 ____________________________________________ 





Adverbs of Time Exercise

 Adverbs of Time Circle the correct answers. 1.      Giraffes sometimes / usually / never eat meat. They are vegetarians. 2.     My little s...