Pengurusan Sukan- Menjaring Bola Baling
Menjaring
Menjaring
merupakan kemahiran dalam mendapatkan mata kemenangan kepada setiap sukan.
Prinsip-prinsip yang perluditerapkan dalam pemain ketika mengasah kemahiran
dalam menjaringkan gol termasuklah mempunyai keyakinan diri dan dapat mengawal keseimbangan
dan pengerakan badan dalam tempoh permainan. Selain itu, pemain perlu
memberikan tumpuan yang sepenuhnya pada gerakkan yang ingin dilakukan di
samping melakukan gerakan mengikut lajak. Untuk kemahiran menjaringkan gol,
pemain perlu peka untuk menepati sasaran iaitu gelanggang gol. Penjaring gol
juga perlu cekap menilai ruang yang kosong dan kedudukan penjaga gol semasa
ingin membuat jaringan. Terdapat pelbagai teknik yang boleh dilakukan
berdasarkan situasi tertentu dalam kemahiran jaringan.
Jaringan
dari Atas Kepala
Jaringan dari atas kepala merupakan jaringan yang biasa
dan mudah dilakukan. Teknik jaringan ini boleh dilakukan sama ada dalam keadaan
statik mahupun dalam keadaan bergerak.
Untuk melakukan jaringan ini, pemain perlu bergerak satu
langkah ke hadapan dan membengkokkan kaki kanan. Berat badan hendaklah
diletakkan pada kaki kiri, tangan yang memegang bola dibongkokkan sedikit dan
dibawa ke belakang kepala aras bahu. Seterusnya, lonjakan dilakukan dan tangan yang memegang
bola diluruskan ke atas kepala dan membaling ke arah sasaran. Selepas selesai
membuat jaringan, tangan dan badan perlu mengikut lanjak untuk kembali dalam
keadaan bersedia menerima bola.
Jaringan
dari Bawah Lengan/ Jaringan Lantun
Jaringan
dari bawah lengan atau jaringan lantun kurang berkesan untuk menjaringkan bola.
Tetapi teknik jaringan ini boleh dilakukan bila kita menghadapi pemain yang
berbadan tinggi. Dalam teknik ini, bola selalunya akan dijaringkan ke sudut
bawah gol pihak lawan.
Dalam menjaringkan gol dari bawah lengan, kaki kiri
pemain perlu melangkah ke hadapan sementara
kaki kanan dibengkokkan dan membawa bola ke belakang bawah aras bahu.
Kemudian, kaki kanan melangkah ke hadapan, bola melontar ke arah sasaran. Akhir
sekali, kaki kiri dianjak ke belakang dan bola pada tangan kanan dilepaskan.
Jaringan
Sisi
Jaringan
sisi dihasilkan apabila pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada
arah kiri pemain. Secara tiba-tiba dia akan mengangkat kaki kanannya,
menggerakan badannya ke kiri, dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di
sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya. Pemain membawa
bola lebih rendah dan menjaring secara mengejut di bawah lengan pihak lawan.
Jaringan
lompat
Untuk melakukan jaringan lompat, pemain
perlu bergerak sebanyak tiga langkah (kurang daripada tiga langkah) sebelum
membuat jaringan. Namun dalam pertandingan, jaringan ini sering dilakukan dan
banyak gol diperolehi melalui jaringan lompat ini. Jaringan ini dilakukan
selepas serangan pantas dan biasanya, jaringan dilakukan apabila posisi bola
berada di puncak lompatan.
Pemain
bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang
bola dengan kedua-dua belah tangan. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak
tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan
seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan. Pemain
akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.Tangan dan badan
pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat jaringan.
Jaringan
Voli
Jaringan voli hampir serupa dengan jaringan lompat.
Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran. Semasa
melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan. Pemain membuat
jaringan sebelum mendarat. Selepas mendarat, tangan dan badan pemain perlu
mengikut lajak.
Jaringan
menjunam
Jaringan menjunam merupakan jaringan
yang sukar and biasa dilakukan sekiranyan dalam kawasan balingan percuma. Pemain
perlu membengkokkan badan supaya membesarkan sudut jaringan. Jaringan boleh dibuat sekiranyan pemain
berada di luar garisan gol. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan
badannya ke udara menuju kawasan gol. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan
ke sasaran dan jaringan dibuat ketika berada di udara sebelum mendarat. Pemain
mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan
badan.
Jaringan
Penalti
Jaringan penalti dibuat
dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang penting, iaitu
kaki penjaring tidak boleh memijak atau melepasi garisan balingan dan jaringan
perlu dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.
Penjaring perlu berada di tempat penalti
bersama-sama dengan bola. Penjaring perlu fokus kepada penjaga gol untuk
memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan oleh penjaga gol.
Kemudian penjaring gol akan melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak
lawan. Penjaring boleh menggunakan pelbagai teknik jaringan untuk menjaringkan
gol mengikut situasi.
Refleksi
Kumpulan kami dikehendaki melakukan sesi pembelajaran
untuk permainan bola baling. Kebanyakan daripada kita tidak mempunyai
pengalaman dalam permainan ini atau mengetahui peraturan permainan bola baling.
Sebelum sesi pembelajaran dimulakan, kami telah membuat persediaan,
melengkapkan diri kami dengan pengetahuan serba sedikit mengenai peraturan dan
kemahiran asas (hantaran, jaringan, menghadang) bola baling.
Secara umumnya sepasukan bola baling yang turun ke
gelanggang mempunyai 7 orang termasuk penjaga gol. Bola baling agak sama dengan
permainan sukan yang lain dalam konteks ‘body contact’. Pemain tidak boleh
menarik baju, memukul atau merampas bola daripada pihak lawan sekiranya bola
masih dalam tangan pihak lawan atau memeluk pihak lawan walaupun ingin
menghalang pihak lawan daripada mendapatkan bola.
Dalam sesi pengajaran kami, selepas melakukan aktiviti
memanaskan badan, kami memulakan pengajaran dengan memperkenalkan kemahiran-kemahiran
yang ada dalam bolah jarring. Kemahiran-kemahiran yang terlibat termasuklah
kemahiran membuat hantaran, kemahiran menangkap bola, kemahiran menjaring dan
kemahiran menghadang. Selepas itu, sesi pengajaran diteruskan lagi dengan
perlawanan antara dua pasukan.
Melalui perlawanan kecil antara 2 pasukan tersebut, murid
dapat melakukan kemahiran tersebut secara spontan dan seterusnya lebih memahami
sukan tersebut. Perlawanan seperti ini membolehkan murid berlari seluruh padang
dengan memberi fokus kepada posisi bola. Murid juga bebas melakukan teknik
jaringan berdasarkan situasi dan keselesaan mereka. Melalui perlawanan ini,
secara tidak sedar, murid dapat mengaplikasikan segala kemahiran yang telah
dipelajari.
Dari segi kognitif, saya dapat menerima teori asas
kemahiran dan teknik bermain bola baling sebelum memulakan permainan kerana
saya tidak melibatkan diri secara langsung dalam bola baling sebelum ini. Dari
segi afektif, saya dapat merasai permainan ini sendiri dan merasai semangat
kesukanan apabila kedua-dua kumpulan bekerjasama untuk meneruskan permainan
tersebut sehingga wisel ditiupkan, menandakan permainan tamat dan dari segi
psikomotor pula, saya dapat mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari
ketika melibatkan diri dalam permainan ini di padang.