Friday, 20 August 2021

Imbuhan - Latihan 1

Latihan 1 :Bubuhkan imbuhan pada perkataan yang dikurungkan.

menonton

penonton

tontonan

 

 

 

1.      Selepas perlawanan bola dimulakan, semua ____________ bersorak untuk memberi sokongan kepada para pemain.

2.       Xin Yi sekeluarga ____________ rancangan televisyen kegemaran mereka di ruang tamu.

3.      Kami menyaksikan ____________ wayang gambar tradisional di Muzium Negara.

 

perasaan

berasa

merasa

4.      Yap Hong ____________  masakan yang dimasak oleh ibu di dapur.

5.      Penipuan yang dilakukan oleh Idli menimbulkan ____________ marah dan ketidakpuasan rakan sekelasnya.

6.      Mia __________ bangga semasa mengibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan.

 

memakai

pakaian

berpakaian

terpakai

7.      Ibu sering menyindir Selina yang _____________ seperti lelaki.

8.      Encik Jit membeli kereta_____________ untuk anaknya.

9.      Wong sekeluarga mendermakan ___________ lama mereka kepada rumah anak-anak yatim.

10.      Zi Qing __________ baju baru ke majlis hari lahir Eddy.

 

cantik

mencantikkan

kecantikan

11.      Murid-murid Kelas 6 Aman ________________ lagi kelas mereka untuk memenangi Pertandingan Kelas Tercantik.

12.      Ibu membeli produk ______________ daripada Cik Mia.

13.      Zainal berpendapat bahawa Mia lebih __________ daripada kakaknya. 


Jawapan :

1.penonton        2.menonton        3.tontonan

4.merasa            5.perasaan          6.berasa

7.berpakaian      8.terpakai        9.pakaian        10.memakai

11.mencantikkan            12.kecantikan            13.cantik


Latihan 2: Bubuhkan imbuhan meN- pada perkataan yang dikurungkan.

1.  Kim ___________ (baca) surat khabar di ruang tamu.

2.  Ibu sedang  ___________ (cari) cermin matanya.

3.  Saya dan abang akan ___________ (daki) Gunung Arong pada Ahad ini.

4.  Kita perlu ___________ (gosok) gigi sekurang-kurangnya dua kai sehari.

5.  Siti perlu ___________ (hantar) kerja rumahnya esok.

6.  Adik sudah pandai ___________ (ikat) tali kasutnya.

7.  Nenek pandai ___________ (jahit) baju dan selimut.

8.  Kita perlu ___________ (kitar) semula surat khabar lama.

9.  Saya ___________ (kacau) kopi sebelum minum.

10. Katak boleh ___________ (lompat) dengan tinggi.

11. Saya ___________ (minta) maaf kepada ibu apabila melakukan kesalahan.

12. Kita perlu ___________ (pakai) tali pinggang keledar semasa menaiki kereta.

13. Ibu ___________ (pukul) telur sebelum menggoreng.

14. Kakak Mia ___________ (sikat) rambut setiap pagi.

15. Saya perlu ___________ (salin) nota yang diberikan oleh Cikgu Tan.

16. Murid-murid perlu___________ (tukar) baju sukan sebelum bersenam.

17. Ayah ___________(teman) saya ke klinik gigi.

18. Cikgu Adi ___________ (ukir) namanya pada kayu tersebut.


Latihan 3:Bubuhkan imbuhan yang betul pada perkataan yang dikurungkan.

1.   Mesyuarat ini menerima semua _____________ (pandang) yang bernas daripada ahli jawatankuasa.

2.   Cikgu Li _______________ (pandang) Hock Kim sambil ketawa.

3.   Saya dan keluarga menikmati _______________ (pandang) alam semula jadi yang indah itu.

4.  Encik Kamarul _______________ (pandang) jauh kerana beliau berpendidikan tinggi.

5.   Aimi berasa ___________ (gembira) kerana dapat pulang ke kampung.

6.   Berita itu amat _________________ (gembira) ibu.

7.   Semua murid tahun 6 sedang_______________ (gembira) di dewan kerana peperiksaan mereka sudah tamat.

8.   Topeng-topeng yang dijual di taman permainan itu sungguh ___________________ (takut).

9.   Mia seorang yang _____________ (takut) menyebabkan dia diejek oleh kawan-kawannya.

10.  Kimi menangis dalam ________________ (takut) apabila dia berada dalam khemah itu seorang diri.

11.  Peniupan wisel menandakan ________________ (mula) pertandingan sukaneka.

12.   Zita dan keluarganya _______________ (mula) perjalanan mereka ke kampung selepas bersarapan.

13.  Pihak sekolah akan ___________________ (mula) agenda majlis sebaik sahaja tetamu kehormatan tiba.

Jawapan:
1.pandangan                2. memandang                3. pemandangan            4.berpandangan 
5. 
gembira                    6. menggembirakan        7. bergembira                8. menakutkan
9. penakut                    10. ketakutan                    11. bermulanya/ permulaan
12. memulakan            13. memulakan


Latihan 4: Lengkapkan ayat berikut.

perjalanan

berjalan

menjalankan

menjalani

 

 

 

 

1.   Majlis perkahwinan Farah ____________ dengan lancar.

2.   Datuk Mia perlu ______________ rawatan di hospital setiap hari Rabu.

3.   __________ kami sekeluarga ke kampung datuk amat menyeronokkan.

4.   Pihak sekolah akan ____________ sambutan Hari Kemerdekaan di dewan sekolah setiap tahun.

penyertaan

menyertai

menyertakan

peserta

 

1.   Amin dan Syafik akan ______________ pertandingan menyanyi peringkat sekolah.

2.   Para ____________ dikehendaki hadir ke dewan 15 minit sebelum pertandingan bermula.

3.   Saya perlu _______________ gambar berukuran pasport semasa menghantar borang tersebut.

4.   Borang ______________ pertandingan perlu dihantar sebelum 15 Mei.

 

penyakit

sakit

pesakit

kesakitan

menyakitkan

1.   Aishah sedang merawat kucing yang berada dalam _____________ itu.

2.   Doktor Lim amat mengambil berat tentang _____________nya.

3.   Alif ________ hati kerana adiknya sering mengganggu semasa dia tidur.

4.   ___________ jantung merupakan satu daripada penyakit utama dalam kalangan masyarakat Malaysia.

5.   Mia tidak mahu _____________ hati ayahnya, justeru dia memilih kerjaya yang disukai oleh ayahnya.

 

berjumpa

menjumpai

perjumpaan

1.       ______________ ringkas akan diadakan selepas aktiviti perkhemahan.

2.      Kami akan _________ dengan guru sekolah rendah kami petang nanti.

3.      Adik telah _______ dompet ayah yang telah dicari selama dua hari itu.





No comments:

Post a Comment

Adverbs of Time Exercise

 Adverbs of Time Circle the correct answers. 1.      Giraffes sometimes / usually / never eat meat. They are vegetarians. 2.     My little s...